Aku ingin sangat pergi ke sana bersama kakak2 kesayanganku dan bersama kwn2ku pergi meninjau dan melihat tempat yang orang lain ura-urakan as City of Love.Aku berangan2 dpt pergi kesitu melihat Eiffel Tower yg megah di tgh2 bandar Paris.Juga ingin memanjakan diriku dgn permainan2 dan bergambar dgn watak2 kartun popular di Disneyland.
Pernah housemateku bertanya kpdku sehari sblm dia brtolak ke Paris,
“Jomlah arinah pergi Paris dgn kitaorang.Last chance ni.”
Namun aku hanya mampu menjawab,
“takpela.pergila.sy ada kelas esok.”
Tapi adakah itu btul2 merupakan jawapan aku?jauh di sudut hatiku,bukan itu aku ingin memberitahu kpdnya.maafkan aku wahai sahabatku.aku bukan bermaksud ingin menipu tetapi takut dia tersalah anggap dan terasa dengan jawapan lain yang akanku berikan.
Niatku hanya....aahhh..tak mampu aku ungkapkan.
Tetapi....
Baiklah,aku mencuba..
Aku hanya hendak berjumpa dgn kwnku yg. satu ketika dulu belajar bersama dgnku di HELP Uni.College.Sekarang ini,dia belajar di Wolverhampton;satu bandar yg.sgt terpencil, 20 minit perjalanan naik kereta api dari pusat bandar Birmingham.
Apabila aku bermesej dgn naqibah kesayanganku memberitahunya aku dah bertolak dr.Glasgow to Wolverhampton dan doakan keselamatanku pergi dan balik,dia hanya men’reply’,
“Huuu..sedihnya adik sy dh jauh:(.awk take care ye?Betulkan niat hanya krn Allah dan pergi kerana dakwah agar tiap tapak,hela nafas dan degupan jantung awk Allah akan terima sbg mujahadah.dan kiranya Allah izinkan,awk akan temuinya sbg.syuhada’”
Subhanallah, tingginya expectation naqibahku terhadapku.bagaimana kalau aku tidak mampu? Niatku pada mula2 hanya ingin berjumpa kwn lama.Tapi apabila mendapat mesej itu,terus aku tersedar yang setiap saat kita mesti menjalankan misi kita utk mengajak yg lain ke arah kebaikan.ke arah mendapat keredhaan Allah.ke arah SYURGA.
Apabila sudah sampai di bandar Wolve,tempatnya memang kecil dan tidak mempunyai ramai orang.Tak seperti Glasgow atau Birmingham.Akhirnya apabila berjumpa dgn. kwnku,aku hanya mampu memeluknya.tapi disebabkan badan fizikalku sangatlah penat ketika itu (5 jam perjalanan dengan kereta api) aku tak mampu mempamerkan riak muka yg sgt gembira terhadap kwnku.maafkan aku wahai sahabat.
Kemudian,kawanku membawaku balik ke rumahnya dan memperkenalkan aku dgn housemate2nya.Rumahnya diduduki seramai 4 org termasuk dirinya.3 perempuan,1 lelaki. Ya Allah, betapa sedikitnya melayu Malaysian di bandar ini sehinggakan lelaki dan perempuan bukan muhrim duduk di bawah satu bumbung.
Tapi..di satu sudut hatiku berasa tidak sedap seketika..
Aku tahu itu adalah hanya alasan sedangkan benda itu salah dan aku hanya membiarkannya..
Hanya merekalah melayu Malaysian di bumi Wolve ini. Mereka sudah menjadi satu ‘keluarga’. Tapi Alhamdulillah,mereka menerimaku dgn hati terbuka.mereka sgt suka apabila ada tetamu dr. luar atau jauh dtg menemui mereka. Aku berasa kesian kpd mereka ini yang hendak sangat keluar dari bandar Wolve itu dan menemui orang lain terutama orang Islam.
Ya Allah,kau telah memberi aku satu tanggungjawab yang berat yang harus kupikul...
Tolonglah wahai akhwat2 ku,naqibahku,teman seperjuanganku..aku perlukan sokongan dan dorongan kamu semua..
p/s hanya ingin meluahkan rintihan hati..
Wallahaulam,
Arinah@wolverhampton









